• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Pembantu Peribadi Puji Keperibadian Anna Jobling Sempena Ulang Tahun ke-25
14 August 2025 | 11:51 AM

Pembantu Peribadi Puji Keperibadian Anna Jobling Sempena Ulang Tahun ke-25

PETALING JAYA – Sempena ulang tahun ke-25 pelakon Anna Jobling, pembantu peribadinya, Nurqida, menzahirkan penghargaan dan rasa kagum terhadap majikannya itu yang disifatkan sebagai wanita berhati mulia dan tabah menghadapi cabaran hidup.

Menurut Nurqida, sepanjang lebih setahun bekerja dengan Anna atau nama penuhnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, aktres itu sentiasa menunjukkan sikap mesra dan prihatin terhadap orang sekeliling.

“Selamat hari lahir, bos saya AJ! Terima kasih kerana sentiasa melayan saya dengan begitu baik. Walaupun kadangkala ada salah faham, saya tetap berada di sisi anda melalui saat suka dan duka.

“Saya melihat anda melalui kesakitan yang disebabkan seseorang, namun anda tetap kuat dan terus melangkah ke hadapan. Itu adalah sesuatu yang saya amat kagumi,” katanya menerusi InstaStory.

Nurqida turut memuji keberanian Anna yang sentiasa mempertahankan orang di sekelilingnya.

“Saya sangat menghargai setiap kali anda membela saya apabila ada orang cuba memalukan saya. Anda tidak pernah bertolak ansur dengan perkara sebegitu, dan ia amat bermakna buat saya,” tambahnya.

Beliau turut mendoakan agar Anna terus diberi kebahagiaan, kesihatan yang baik, kejayaan, dan keberkatan dalam hidup.

Sebelum ini, Anna menjadi perhatian selepas ibunya, Ariz Arop, mendedahkan hubungan mereka kini renggang dan berdepan kemelut keluarga. Bagaimanapun, peguam Anna menafikan dakwaan berlaku pergelutan atau insiden mengunci ibu pelakon itu di dalam kenderaan, menjelaskan pintu kereta boleh dibuka dari dalam dan kenderaan tidak berkunci ketika kejadian.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok