• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Viviana Lin Winston Dinobatkan Sebagai Miss Grand Malaysia 2025, Catat Sejarah Buat Sarawak
31 July 2025 | 12:30 AM

Viviana Lin Winston Dinobatkan Sebagai Miss Grand Malaysia 2025, Catat Sejarah Buat Sarawak

Kuala Lumpur, 30 Julai - Sejarah tercipta apabila wakil dari Sarawak, Viviana Lin Winston, dinobatkan sebagai Miss Grand Malaysia 2025, sekali gus menjadi peserta pertama dari negeri itu yang merangkul mahkota berprestij berkenaan.

Sejak penubuhan Miss Grand Sarawak pada tahun 2017, negeri tersebut sentiasa menghantar peserta yang berkualiti ke pentas nasional. Namun, pada edisi kali ini, kejayaan Viviana menjadi pencapaian terbesar selepas lapan tahun penuh dedikasi dan usaha gigih.

“Kemenangan ini membuktikan potensi besar yang dimiliki oleh wanita Sarawak dari segi keanggunan, kekuatan dan semangat,” kata Pengarah Nasional Miss Grand Malaysia, Sean Christopher Wong.

Lebih manis, Viviana Lin Winston mencipta sejarah sebagai wanita Iban pertama yang bakal mewakili Malaysia ke pertandingan Miss Grand International 2025 yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.

“Kejayaan ini bukan sekadar mahkota, tetapi bukti bahawa komuniti pribumi juga mampu berdiri di pentas dunia. Saya amat berbesar hati membawa nama Sarawak dan Malaysia ke peringkat antarabangsa,” ujar Viviana dalam satu kenyataan media.

Seluruh rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Sarawak, diseru untuk memberikan sokongan penuh kepada Viviana Lin Winston ketika beliau menggalas tanggungjawab besar membawa nama negara ke pentas Miss Grand International 2025.

Sumber: IG Miss Malaysia Pageant Official

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok