WASHINGTON – Gempa bumi berkuasa 8.7 magnitud melanda kawasan timur jauh Rusia pada lewat Selasa, mencetuskan amaran tsunami yang berpotensi membawa ombak setinggi sehingga tiga meter ke pantai Rusia dan Hawaii, menurut pihak berkuasa Amerika Syarikat.
Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang berpangkalan di Honolulu turut memberi amaran bahawa ombak setinggi satu hingga tiga meter mungkin melanda Jepun serta wilayah pulau AS di Guam.
Pihak berkuasa masih memantau situasi dan menggesa penduduk di kawasan berisiko supaya berwaspada serta mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan.
Sumber: Harian Metro
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

WHAT’S HOT

30 July 2025 | 11:09 AM