• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

KPM serah kes pelajar tumbuk guru di Kajang kepada polis
30 July 2025 | 10:52 AM

KPM serah kes pelajar tumbuk guru di Kajang kepada polis

SEPANG: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyerahkan sepenuhnya siasatan insiden seorang pelajar didakwa menumbuk guru di sebuah sekolah menengah di Kajang, Selangor, kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata pihaknya menghormati proses undang-undang yang sedang dijalankan pihak berkuasa dan akan memberikan kerjasama penuh.

“Di peringkat KPM, kita ada peraturan sendiri yang masih berjalan. Namun, apabila PDRM sudah ambil alih, kita serahkan sepenuhnya kepada mereka untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa.

Kes tersebut mencuri perhatian ramai selepas tular satu rakaman video memaparkan seorang pelajar Tingkatan Dua dipercayai menumbuk seorang guru lelaki.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila guru berkenaan cuba menahan pelajar tersebut kerana dipercayai ponteng kelas Pendidikan Jasmani.

Fadhlina turut menegaskan bahawa KPM akan terus memantau perkembangan kes berkenaan, khususnya melibatkan kebajikan guru yang menjadi mangsa dalam kejadian itu.

Sumber: Sinar Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok