• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Sindiket Penyeludupan Pati Warga Bangladesh Berjaya Ditumpaskan di KIA
29 July 2025 | 12:03 PM

Sindiket Penyeludupan Pati Warga Bangladesh Berjaya Ditumpaskan di KIA

KUCHING, 28 Julai 2025 - Sebuah sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang melibatkan warga Bangladesh berjaya ditumpaskan oleh Unit Pemantauan Kawalan dan Penguatkuasaan (UPKP), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak dalam satu operasi yang dijalankan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA), hari ini.

Kejayaan operasi tersebut merupakan hasil rondaan dan pemantauan rapi yang dilaksanakan oleh anggota UPKP, yang berjaya mengesan kehadiran mencurigakan sekumpulan individu sebaik sahaja mereka tiba dari Kuala Lumpur sekitar pukul 12.50 tengah hari.

Menurut kenyataan JIM Sarawak, seramai 15 lelaki warga Bangladesh telah ditahan dalam operasi tersebut. Hasil semakan awal mendapati kesemua individu terbabit tidak mempunyai rekod kemasukan yang sah dalam sistem Jabatan Imigresen.

Pemeriksaan lanjut terhadap dokumen perjalanan mereka turut mendedahkan penggunaan cop imigresen yang disyaki palsu, dipercayai digunakan bagi mengaburi pihak berkuasa daripada mengesan kegiatan haram ini.

Lebih membimbangkan, siasatan awal turut mendedahkan bahawa setiap PATI dipercayai membayar antara RM18,000 hingga RM20,000 kepada ejen sindiket untuk menyusup masuk ke negara ini melalui jalan yang tidak sah.

Kesemua individu yang ditahan kini ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Semuja bagi tujuan siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63.

JIM Sarawak menegaskan bahawa pihaknya akan terus memperketat kawalan sempadan dan meningkatkan rondaan serta operasi penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti penyeludupan manusia yang menggugat keselamatan dan kedaulatan negara.

Sumber: FB Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok