• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Pandelela dan Yiat Qing Sasar Pingat Pertama Malaysia di Kejohanan Dunia 2025
28 July 2025 | 11:13 AM

Pandelela dan Yiat Qing Sasar Pingat Pertama Malaysia di Kejohanan Dunia 2025

Pasangan penerjun negara, Datuk Pandelela Rinong dan bakat muda Lee Yiat Qing bakal mencipta sejarah dengan penampilan sulung mereka dalam acara 10 meter platform seirama wanita di Kejohanan Akuatik Dunia 2025 hari ini.

Kombinasi berpengalaman dan muda ini tampil dengan misi jelas, menghadiahkan pingat pertama buat Malaysia di kejohanan berprestij itu.

Namun, cabaran besar menanti. Selain mencari keserasian sebagai gandingan baharu, mereka perlu meningkatkan tahap kesukaran terjunan, faktor penting yang membezakan juara dengan peserta pertengahan, terutama dalam saingan sengit menentang kuasa besar seperti China, Jepun dan Mexico.

“Darjah kesukaran terjunan kita masih rendah jika dibandingkan dengan negara lain. Untuk ke podium, kita perlu berani mengambil risiko,” jelas Pengarah Teknikal terjun negara, Yeoh Ken Nee.

Bagi Yiat Qing, ini adalah pentas dunia pertamanya bergandingan dengan Pandelela, dan prestasi mereka hari ini bakal menjadi petunjuk awal sama ada mereka berpotensi menjadi pasangan utama negara menjelang temasya seperti Sukan SEA dan Sukan Asia.

Sementara itu, Pandelela pemilik pingat Olimpik perak dan gangsa, kini menggalas peranan lebih besar sebagai mentor dalam usaha membimbing generasi baharu atlet terjun.

Kali terakhir Pandelela menaiki podium adalah pada Sukan Asia Hangzhou 2023 menerusi pingat gangsa bersama Nur Dhabitah Sabri. Emas terakhirnya pula diraih pada Grand Prix Terjun 2022.

“Prestasi pasukan campuran sebelum ini sederhana, tapi ini adalah kali pertama ramai penerjun muda kita beraksi di pentas dunia. Ia peluang penting untuk mereka memahami suasana kejohanan,” tambah Ken Nee.

Malaysia mengakhiri saingan berpasukan campuran di tempat ke-16 kelmarin. Tumpuan kini beralih kepada acara individu dan seirama termasuk kemunculan semula penerjun utama seperti Pandelela dan Enrique Harold.

Sekiranya gandingan Pandelela–Yiat Qing berjaya mempersembahkan terjunan kemas dengan elemen kesukaran tinggi, impian untuk menamatkan kemarau pingat negara mungkin menjadi kenyataan, sekaligus membuka lembaran baharu untuk skuad terjun elit negara.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok