• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Ozzy Osbourne, Ikon Heavy Metal Dunia, Meninggal Dunia pada Usia 76 Tahun
23 July 2025 | 10:50 AM

Ozzy Osbourne, Ikon Heavy Metal Dunia, Meninggal Dunia pada Usia 76 Tahun

LONDON, 23 Julai 2025 - Legenda muzik heavy metal dan vokalis utama kumpulan Black Sabbath, Ozzy Osbourne, telah meninggal dunia pada usia 76 tahun, hanya beberapa minggu selepas kemunculan terakhirnya di pentas konsert tribute di Birmingham, England.

Berita pemergian ikon yang dikenali sebagai ‘Putera Kegelapan’ itu diumumkan keluarga menerusi satu hantaran di Instagram hari ini.

“Dengan hati yang hancur, kami mengumumkan bahawa Ozzy Osbourne telah meninggal dunia pagi ini. Beliau pergi dengan tenang, dikelilingi keluarga dan kasih sayang,” kata kenyataan itu.

Punca kematian belum diumumkan secara rasmi, namun Osbourne diketahui mengalami pelbagai masalah kesihatan termasuk penyakit Parkinson dan komplikasi tulang belakang sejak beberapa tahun lalu.

Osbourne, yang melonjak bersama Black Sabbath pada 1968, diiktiraf sebagai antara perintis genre heavy metal. Beliau kembali bersatu dengan anggota asal Black Sabbath dalam konsert perpisahan "Back to the Beginning" pada 5 Julai lalu, penampilan pentas terakhirnya sebelum bersara 17 hari kemudian.

“Saya sudah terlantar selama enam tahun, kamu takkan faham macam mana perasaan saya,” katanya di pentas, merujuk pada perjuangan menentang masalah kesihatan yang berpanjangan.

Osbourne meninggalkan balu, Sharon, yang juga pengurus kerjayanya sejak 1982, serta lima anak, tiga bersama Sharon (Kelly, Jack, dan Aimee), dan dua lagi, Jessica dan Louis, dari perkahwinan terdahulu.

Di sebalik pencapaian muzik yang cemerlang, Osbourne turut dikenali kerana aksi kontroversial di atas pentas, termasuk insiden menggigit kepala kelawar dan merpati pada awal 1980-an. Sepanjang kerjayanya, beliau menghasilkan 13 album studio termasuk album terakhirnya, Patient Number 9 (2022).

Pada era 2000-an, beliau bersama keluarga mencetus fenomena menerusi rancangan realiti The Osbournes (2002–2005), yang memenangi anugerah Emmy dan membuka jalan kepada genre realiti keluarga selebriti.

Rakan industri dan peminat di seluruh dunia kini meratapi kehilangan figura berpengaruh yang mencorak landskap muzik rock moden.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok