Sarawak melakar sejarah sekali lagi apabila Dion Das Louis, atau lebih dikenali sebagai The Little Bornean Birdie, berjaya mengharumkan nama negeri dan negara apabila meraih pingat PERAK di pentas antarabangsa Dance World Cup, World Finals yang berlangsung di Burgos, Sepanyol!
Anak jati Bumi Kenyalang ini telah memukau para juri dan penonton dengan persembahan luar biasa yang penuh semangat dan identiti budaya. Semangat dan dedikasi Dion membuktikan bahawa bakat dari Sarawak mampu bersinar di peringkat dunia!
Tahniah Dion! Kami di CATS FM serta seluruh rakyat Sarawak sangat berbangga dengan pencapaian ini. Teruskan terbang tinggi dan menginspirasi generasi muda!
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini