• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Brentford Bertegas, Tidak Akan Lepaskan Mbeumo Jika Manchester United Enggan Penuhi Harga Diminta
03 July 2025 | 11:36 AM

Brentford Bertegas, Tidak Akan Lepaskan Mbeumo Jika Manchester United Enggan Penuhi Harga Diminta

MANCHESTER, 3 Julai 2025 – Brentford menegaskan bahawa mereka tidak akan melayan tawaran Manchester United untuk mendapatkan penyerang utama, Bryan Mbeumo, sekiranya kelab gergasi itu gagal memenuhi harga yang telah ditetapkan.

Pengarah Bola Sepak Brentford, Phil Giles, meluahkan kekecewaan terhadap rundingan yang telah berlarutan lebih sebulan tanpa sebarang persetujuan dicapai. Beliau memberi bayangan bahawa Brentford bersedia untuk mengekalkan Mbeumo sekiranya perpindahan ke Old Trafford tidak menjadi kenyataan.

“Mbeumo menjaringkan 20 gol dalam Liga Perdana Inggeris musim lalu dan kami sudah jangka banyak kelab akan cuba mendapatkannya. Namun, jika dia kekal bersama kami, itu satu berita gembira,” kata Giles.

“Rundingan ini sudah berjalan selama beberapa minggu dan kami tetap dengan pendirian kami. Sekurang-kurangnya ia mengurangkan ‘sakit kepala’ kami jika dia kekal,” tambahnya.

Manchester United dilaporkan telah mengemukakan tawaran bernilai £62.5 juta (RM361.1 juta) untuk mendapatkan khidmat pemain antarabangsa Cameroon itu. Namun, Brentford hanya bersedia melepaskan Mbeumo jika nilai tawaran melebihi £65 juta (RM375.54 juta).

“Adakah kami tertekan atau terasa didesak? Tidak sama sekali. Kami hanya akan menjual pemain jika kelab yang berminat bersedia memenuhi permintaan kami,” tegas Giles.

Mbeumo, 25, menjadi sasaran utama United dalam usaha mereka memperkuatkan jentera serangan bagi menghadapi musim baharu Liga Perdana Inggeris.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok