• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Zlatan Ibrahimovic Pertahan Messi, Samakan Rakan Sepasukannya Seperti ‘Patung’
02 July 2025 | 01:11 PM

Zlatan Ibrahimovic Pertahan Messi, Samakan Rakan Sepasukannya Seperti ‘Patung’

MIAMI, 2 Julai — Bekas bintang bola sepak antarabangsa, Zlatan Ibrahimovic tampil mempertahankan Lionel Messi selepas Inter Miami mengalami kekalahan memalukan 4-0 kepada Paris Saint-Germain (PSG) dalam pusingan 16 terbaik Piala Dunia Kelab FIFA.

Ibrahimovic, yang pernah bergandingan bersama Messi di Barcelona dan juga beraksi dalam Major League Soccer (MLS) bersama LA Galaxy, tidak menyembunyikan kekecewaannya terhadap prestasi Inter Miami dalam perlawanan tersebut.

“Yang kalah bukan Messi, tetapi Inter Miami,” katanya.

“Messi bermain dengan patung, bukan pemain bola sebenar. Mereka berlari seperti sedang memikul beg simen.”

Menurut Zlatan, para peminat tidak dapat melihat potensi sebenar Messi dalam kejohanan ini kerana tahap kualiti rendah dalam skuad kendalian Miami.

“Ini bukan Messi yang saya kenal. Jika dia bermain dalam pasukan sebenar, anda akan nampak kehebatannya. Di Miami, tiada jurulatih, tiada bintang, tiada pemain yang faham asas permainan tanpa bola. Messi seperti bermain bersendirian, tapi dia tetap menonjol kerana cintanya terhadap bola sepak,” tambahnya.

Walaupun begitu, Lionel Messi memilih untuk memberi tumpuan kepada aspek positif.

Inter Miami sebelum ini mencatat kemenangan bersejarah 2-1 ke atas FC Porto dalam peringkat kumpulan, menjadikan mereka kelab MLS pertama menewaskan pasukan Eropah dalam kejohanan rasmi. Mereka juga satu-satunya wakil MLS yang berjaya mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia Kelab kali ini.

“Kami tahu perlawanan ini sukar, tapi kami tetap berusaha. Kami tinggalkan imej yang baik di pentas dunia,” kata Messi selepas perlawanan menentang PSG.

Sumber: Sinar Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok