• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Ibadah Melontar Simbolik Penolakan Sifat Mazmumah
06 June 2025 | 01:53 PM

Ibadah Melontar Simbolik Penolakan Sifat Mazmumah

Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya menghayati ibadah melontar di tiga jamrah — Jamrah Ula, Wusta dan Kubra — bukan sekadar memenuhi syarat wajib haji, tetapi sebagai simbolik penolakan sifat-sifat sombong dan tercela dalam diri.

Pengarah Operasi Bimbingan Tabung Haji (TH), Shahrin Awaludin menjelaskan bahawa ibadah melontar yang berlangsung dari 10 hingga 13 Zulhijjah bukan hanya aktiviti fizikal, sebaliknya membawa maksud rohani yang mendalam. Ia meneladani sunah Nabi Muhammad SAW dan menghidupkan kembali semangat pengorbanan Nabi Ibrahim AS.

"Ia adalah lambang penolakan terhadap sifat mazmumah seperti sombong, ingkar, dan segala bentuk kejahatan. Melontar bukan sekadar membaling batu, tetapi satu ikrar rohani untuk berubah menjadi insan lebih baik dan kembali kepada fitrah," katanya.

Tambah beliau, ibadah ini menuntut bukan sahaja kekuatan fizikal, tetapi juga kekuatan rohani selaras dengan matlamat haji untuk membawa pulang hati yang bersih dan tunduk kepada Allah SWT.

Bagi membantu jemaah memahami maksud mendalam ibadah ini, TH telah mengadakan program bimbingan seperti ‘Bicara Mina’ serta sesi tazkirah selepas solat subuh dan zuhur semasa tempoh mabit di Mina. Ia bertujuan memperjelas panduan ibadah termasuk cara melontar jamrah, tahalul awal serta perbezaan antara nafar awal dan nafar thani.

Shahrin turut menggalakkan jemaah menggunakan masa di Mina dengan memperbanyakkan ibadah kendiri seperti solat sunat, membaca al-Quran, berzikir serta melakukan aktiviti kerohanian yang bermanfaat.

Sementara itu, selepas selesai berwukuf di Arafah, jemaah haji Malaysia telah bergerak ke Muzdalifah sejurus selepas Maghrib dan bermabit di sana sebelum meneruskan perjalanan ke Mina untuk menyempurnakan ibadah melontar.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok