• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Kemuncak Ibadah Haji Jemaah Malaysia Bermula Hari Ini
05 June 2025 | 11:15 AM

Kemuncak Ibadah Haji Jemaah Malaysia Bermula Hari Ini

Hari ini, 9 Zulhijjah 1446H, menandakan kemuncak ibadah haji bagi kesemua 31,600 jemaah Malaysia yang menyertai hampir 2 juta umat Islam dari seluruh dunia berwukuf di Arafah.

Operasi Masyair Tabung Haji (TH) dimulakan semalam dengan pergerakan besar-besaran jemaah Malaysia ke Arafah. Selepas wukuf di Arafah, jemaah akan meneruskan perjalanan ke Muzdalifah untuk bermalam, kemudian ke Mina untuk melontar jamrah, dan akhirnya kembali ke Mekah untuk tawaf, sai, dan tahalul. Ibadah ini dijadualkan selesai pada Isnin, 13 Zulhijjah 1446H.

Penetapan Waktu Bermalam & Melontar

- Bermalam di Muzdalifah bermula pada 11.36 malam, 10 Zulhijjah.

- Waktu ini juga menjadi penanda untuk tahalul awal (gunting rambut) dan tawaf haji.

- Di Mina pula, jemaah perlu bermalam sekurang-kurangnya 4 jam 35 minit pada setiap malam 11, 12, dan 13 Zulhijjah.

Langkah Keselamatan Arab Saudi

Berikutan suhu tinggi di Mekah yang dilaporkan mencecah 51 darjah Celsius tahun lalu, Kerajaan Arab Saudi memperkenalkan beberapa larangan untuk mengurangkan risiko strok haba.

- Lockdown dikuatkuasakan bermula 10 pagi hingga 4 petang, menghalang jemaah ke Masjid Namirah dan Jabal Rahmah.

- Kerajaan Arab Saudi turut menyediakan pengangkutan bas bagi mengelakkan jemaah berjalan kaki dari Mekah ke Arafah.

- Langkah ini penting bagi mengelakkan kejadian strok haba yang telah mencatatkan lebih 2,700 kes dan kematian pada musim haji lalu.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok