• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Harimau Dahan Ditemui di Sarawak: SFC Hantar Pasukan Khas SWAT untuk Siasat
03 June 2025 | 06:22 PM

Harimau Dahan Ditemui di Sarawak: SFC Hantar Pasukan Khas SWAT untuk Siasat

Seekor harimau dahan Borneo (Neofelis diardi borneensis) yang ditemui di tepi jalan Matu-Igan sejak semalam menjadi tanda positif bahawa Sarawak masih mempunyai habitat semula jadi bagi spesies liar yang dilindungi. Penemuan ini disahkan oleh Pengurus Besar merangkap Kontroler Hidupan Liar Sarawak, Abang Arabi Abang Aimran, yang menyatakan ia menunjukkan hasil daripada usaha berterusan kerajaan Sarawak melalui Forestry Corporation (SFC) dalam pemuliharaan biodiversiti negeri.

Walau bagaimanapun, kemunculan harimau dahan di kawasan berdekatan penempatan manusia pada waktu siang berkemungkinan berpunca daripada gangguan habitat atau kekurangan sumber makanan di hutan sekitar. SFC mengambil isu ini dengan serius dan telah menghantar pasukan khas SWAT untuk menilai situasi sebenar.

Penduduk sekitar dinasihatkan berwaspada dan tidak mendekati haiwan liar yang kelihatan. Mereka juga digalakkan untuk segera melaporkan kepada pihak berkuasa bagi mengelakkan insiden tidak diingini. SFC menekankan bahawa hidupan liar adalah aset semula jadi tidak ternilai dan menjadi tanggungjawab semua untuk melindunginya.

SFC akan mengemas kini maklumat lanjut mengenai penemuan ini dari semasa ke semasa.

Sumber: TVS

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok