• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

ASEAN All-Stars malukan Man United
28 May 2025 | 11:24 PM

ASEAN All-Stars malukan Man United

KUALA LUMPUR – Manchester United mengalami kekalahan mengejut dalam perlawanan Piala Cabaran Maybank 2025 apabila tewas tipis 0-1 kepada pasukan gabungan ASEAN All-Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. Kekalahan ini sekali gus menutup tirai kunjungan pramusim mereka di Kuala Lumpur dengan penuh kekecewaan, disaksikan oleh 72,550 penyokong setia yang membanjiri stadium.

Dalam perlawanan yang menghiburkan itu, skuad kendalian Ruben Amorim memulakan perlawanan dengan penguasaan awal namun gagal menembusi benteng pertahanan kukuh ASEAN All-Stars. Pemain sayap lincah, Nguyen Hai Long, sering mencemaskan benteng pertahanan United dengan larian pantas dan gerakan dari sebelah kanan.

Penjaga gol United, Andre Onana, bertindak cemerlang apabila menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya termasuk sepakan leret Sandro Miguel Sison Reyes pada minit ke-25. Namun, kegagalan menyempurnakan peluang ketara terus menghantui United apabila cubaan Koobie Mainoo dua kali digagalkan penjaga gol Patiwat Khammai.

Babak kedua menyaksikan kemasukan bintang utama United, Bruno Fernandes dan Alejandro Garnacho yang memberi impak ketara dalam serangan, namun masih gagal menghasilkan jaringan. Serangan bertubi-tubi United akhirnya memakan diri apabila pasukan ASEAN All-Stars berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-71 hasil jaringan Mg Mg Lwin selepas menerima hantaran kemas Adrian Segecic.

Meskipun United terus menggandakan tekanan ke kubu lawan, kecekapan penjaga gol gantian Mohd Haziq Nadzli memastikan ASEAN All-Stars mempertahankan kelebihan sehingga wisel penamat. Kekalahan ini memberi tamparan hebat kepada United yang menamatkan musim lalu di tangga ke-15 EPL dan kini bakal meneruskan aksi pramusim mereka di Hong Kong pada Jumaat ini.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok