• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Sarawak Sasar Jadi ‘Battery of ASEAN’
27 May 2025 | 01:03 PM

Sarawak Sasar Jadi ‘Battery of ASEAN’

Sarawak kini berada di landasan untuk menjadi kuasa besar dalam sektor tenaga serantau, bukan sahaja menumpukan kepada keperluan domestik, tetapi juga beraspirasi menjadi pembekal tenaga bersih utama di ASEAN.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan bahawa Sarawak bersedia untuk membekalkan tenaga elektrik ke Sabah menjelang akhir tahun ini menerusi sambungan grid ke Sipitang.

Selain Sabah, Brunei juga akan turut menerima bekalan tenaga daripada Sarawak. Ini bukan kali pertama Sarawak terlibat dalam eksport tenaga, sudah sejak enam tahun lalu, negeri ini telah membekalkan elektrik ke Kalimantan Barat, Indonesia. Hal ini membuktikan kapasiti tenaga Sarawak adalah mencukupi dan mapan untuk dikongsi dengan negara jiran.

Cadangan ini juga mendapat sokongan di peringkat persekutuan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mencadangkan potensi bekalan tenaga dari Sarawak ke Sabah dan seterusnya ke Filipina Selatan, sekali gus membuka peluang kerjasama tenaga merentas sempadan.

Semasa Sidang Kemuncak Ekonomi Wanita ASEAN (AWES) 2025 di Kuala Lumpur, Premier Abang Jo menyatakan hasrat Sarawak untuk memainkan peranan penting dalam grid tenaga ASEAN. Beliau menegaskan bahawa selain mengeksport tenaga, Sarawak juga ingin menyumbang kepada kelestarian alam sekitar dan pendigitalan serantau.

Sarawak kini dalam misi menghasilkan 10 gigawatt (GW) tenaga menjelang 2030, dan meningkat kepada 15 GW menjelang 2035, dengan fokus utama pada tenaga boleh diperbaharui seperti hidro dan solar. Usaha ini sejajar dengan cita-cita Sarawak untuk menjadi “Battery of ASEAN”, iaitu pembekal utama tenaga bersih untuk negara-negara jiran.

Sarawak sedang muncul sebagai peneraju dalam tenaga mampan di rantau ini, dan dengan rancangan eksport tenaga ke Sabah, Brunei, Indonesia, dan berpotensi ke Filipina, negeri ini bakal memainkan peranan strategik dalam usaha menangani perubahan iklim dan memperkukuh kerjasama serantau dalam bidang tenaga.

Sumber: I Love Borneo

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok