• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Pearly-Thinaah Tamatkan Kemarau Gelaran di Terbuka Thailand
19 May 2025 | 12:42 PM

Pearly-Thinaah Tamatkan Kemarau Gelaran di Terbuka Thailand

Beregu wanita No. 1 negara, Pearly Tan dan M. Thinaah menamatkan penantian selama lapan bulan apabila berjaya meraih gelaran juara dalam Kejohanan Badminton Terbuka Thailand 2025. Pasangan yang kini menduduki ranking ke-4 dunia itu menunjukkan aksi cemerlang dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nimibutr, Bangkok, apabila menewaskan beregu Korea Selatan, Jeong Na-eun dan Lee Yeon-woo, dengan kemenangan straight set 21-16, 21-17.

Kemenangan ini sangat bermakna buat Pearly-Thinaah yang sebelum ini memulakan musim 2025 dengan prestasi hambar selepas tersingkir di pusingan pertama Terbuka Malaysia pada Januari lalu. Walaupun turun sebagai pilihan utama kejohanan dan berdepan tekanan tinggi, mereka berjaya mengekalkan fokus dan menamatkan perlawanan dalam masa 58 minit.

Menurut Thinaah, kejayaan ini membuktikan kepercayaan dan semangat setia kawan antara mereka tidak pernah luntur. “Kemenangan ini sangat penting untuk kami terus mara ke hadapan. Namun, selepas ini, kami akan bermula dari kosong semula,” ujarnya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Sebagai juara, Pearly-Thinaah membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$37,525 (kira-kira RM161,207), manakala pasangan Korea Selatan menerima AS$18,050 (RM77,542) bersama trofi naib juara.

Lebih manis, kejayaan ini juga mencipta sejarah apabila mereka menjadi beregu wanita pertama Malaysia yang berjaya menjuarai Terbuka Thailand, sekali gus menambah satu lagi pencapaian membanggakan dalam arena badminton negara. Ini merupakan gelaran pertama mereka tahun ini dan yang pertama sejak kejayaan di Terbuka Hong Kong pada September tahun lalu.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok