KUCHING, 15 Mei 2025 – Satu mayat telah ditemui oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) sekitar jam 10 pagi ini semasa operasi penyelaman di Sungai Sarawak berhampiran Jambatan Tun Salahuddin. Mayat tersebut dipercayai berkaitan dengan insiden malam tadi di mana sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) dilaporkan terjatuh ke dalam sungai dari jambatan tersebut.
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, mereka menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 10 malam. Saksi melaporkan bahawa kenderaan yang diletakkan di bawah jambatan tersebut tiba-tiba bergerak ke arah sungai dan tersangkut pada besi penghalang sebelum terjatuh ke dalam air.
Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti identiti mangsa dan punca sebenar kejadian. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta untuk menghubungi pihak berkuasa bagi membantu siasatan.
Sumber: Bilik Berita CATS
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini