• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Negeri Sembilan FC Tewas 1-3 Kepada Kuching City FC
21 April 2025 | 11:51 AM

Negeri Sembilan FC Tewas 1-3 Kepada Kuching City FC

Hasrat Negeri Sembilan FC (NSFC) untuk menamatkan saingan terakhir Liga Super musim ini dengan kemenangan tidak kesampaian apabila mereka tewas 1-3 kepada Kuching City FC dalam aksi yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Skuad Hobin Jang Hobin yang kini berada di kelompok bawah liga gagal menyaingi keampuhan pasukan pelawat. Anak buah Aidil Sharin Sahak bermula garang apabila penyerang utama mereka, Jordan Mintah, menjaringkan gol pembukaan menerusi sepakan penalti seawal minit ke-15. Penalti itu diberikan selepas pertahanan NSFC menjatuhkan pemain Kuching City dalam kotak penalti, keputusan yang disahkan menerusi Video Bantuan Pengadil (VAR).

Kuching City hampir menambah jaringan pada minit ke-24 menerusi tandukan Danial Amier, namun ianya diselamatkan oleh penjaga gol NSFC, Mohd Muhaimin Mohamad. Namun, kegagalan pertahanan NSFC mengawal bola dengan baik membolehkan Petrus Shitembi merampas bola dan menjaringkan gol kedua pada minit ke-36, memberikan kelebihan dua gol kepada pelawat menjelang rehat separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, NSFC mempertingkatkan serangan dan akhirnya berjaya menjaringkan gol saguhati menerusi A Selvan pada minit ke-71 hasil situasi kelam kabut di hadapan gawang lawan. Namun, harapan mereka untuk bangkit semakin pudar apabila Kuching City sekali lagi diberikan penalti pada masa kecederaan yang disempurnakan oleh Mintah bagi melengkapkan kemenangan 3-1.

Kekalahan ini menyaksikan Negeri Sembilan menutup musim Liga Super dengan keputusan yang mengecewakan, manakala Kuching City membawa pulang tiga mata penuh hasil aksi mantap mereka di gelanggang lawan.

Sumber: Harian Metro

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok