• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Kematian Anak Kucing di Kampus Unimas Tiada Unsur Penganiayaan
21 April 2025 | 11:22 AM

Kematian Anak Kucing di Kampus Unimas Tiada Unsur Penganiayaan

Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) telah mengesahkan bahawa tiada unsur penganiayaan manusia dalam insiden kematian seekor anak kucing yang berlaku di kawasan Kolej Kediaman Allamanda pada 18 April 2025.

Menurut kenyataan rasmi daripada Bahagian Komunikasi Korporat Unimas, siasatan terperinci telah dijalankan oleh Bahagian Keselamatan universiti. Proses siasatan tersebut melibatkan temubual bersama saksi-saksi kejadian serta semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), video, dan gambar-gambar di lokasi insiden.

Susulan daripada kejadian ini, pihak universiti menyeru seluruh warga kampus agar terus prihatin terhadap kehadiran haiwan-haiwan terbiar di sekitar kampus. Penekanan diberikan terhadap penjagaan kebajikan haiwan sebagai sebahagian daripada usaha mewujudkan kampus yang lestari dan mesra haiwan.

Unimas juga menegaskan komitmen berterusan mereka terhadap nilai-nilai kemanusiaan, tanggungjawab sosial, dan perlindungan haiwan dengan memastikan keselamatan haiwan terbiar dalam kampus sentiasa diberi perhatian.

Sumber: TVS

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok