• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Bantuan Kewangan Khas RM1,200 Setahun kepada Pelajar Sarawak Bermula Pertengahan 2025
16 April 2025 | 10:56 AM

Bantuan Kewangan Khas RM1,200 Setahun kepada Pelajar Sarawak Bermula Pertengahan 2025

Mulai pertengahan tahun 2025, semua pelajar Sarawak yang berdaftar di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara — termasuk universiti awam dan swasta — akan menerima bantuan kewangan khas sebanyak RM1,200 setahun, seperti yang diumumkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, mekanisme penyaluran bantuan kini sedang dimuktamadkan. Bantuan ini akan diagihkan menerusi aplikasi e-dompet tempatan, S Pay bagi memudahkan urusan penyaluran dan pemantauan penggunaan.

Menariknya, bantuan ini tidak akan diberikan secara sekaligus bagi mengelakkan pelajar berbelanja secara berlebihan dalam masa singkat. Sebaliknya, bantuan akan disalurkan secara berperingkat untuk menjadi subsidi jangka panjang dalam membantu pelajar menguruskan perbelanjaan harian sepanjang tempoh pengajian mereka.

Dato Sri Sagah turut menyatakan semasa lawatannya ke Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang bahawa ramai pelajar Sarawak sangat menantikan bantuan ini, membuktikan keperluan mendesak terhadap sokongan kewangan, terutamanya bagi pelajar perantauan.

Inisiatif ini merupakan salah satu langkah progresif Kerajaan Sarawak dalam memastikan kebajikan pelajar terus terpelihara, sekaligus menyokong agenda pembangunan bakat dan pendidikan negeri.

Sumber: I Love Borneo

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok