• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Pengiktirafan Buat Pembikin Filem Borneo, Nam Ron Seru Sokongan Padu
11 April 2025 | 11:49 AM

Pengiktirafan Buat Pembikin Filem Borneo, Nam Ron Seru Sokongan Padu

Pelakon dan pengarah terkenal, Nam Ron menyeru agar kerajaan memberi sokongan penuh kepada industri perfileman di Sabah dan Sarawak yang semakin menunjukkan potensi besar untuk berkembang. Menurutnya, hasil kerja dan semangat ditunjukkan oleh para penggiat filem tempatan, termasuk bakat baharu dari Borneo, membuktikan bahawa mereka mampu bersaing di peringkat nasional dan antarabangsa.

Nam Ron yang pernah mengendalikan sesi ‘masterclass’ di Sabah menyatakan kekagumannya terhadap kreativiti serta kesungguhan karyawan filem di sana. Walaupun kekurangan dari segi fasiliti dan dana berbanding di Semenanjung, mereka tetap mampu menghasilkan naskhah berkualiti dengan idea-idea segar dan garapan yang menarik.

Beliau menekankan pentingnya pawagam tempatan dalam memartabatkan filem terbitan lokal, namun menegaskan bahawa bantuan kewangan lebih kukuh daripada pihak kerajaan amat diperlukan untuk membuka lebih banyak ruang pasaran dan menambah baik mutu produksi.

Dalam pada itu, Nam Ron kini sedang mempromosikan filem Mantera, sebuah naskhah thriller arahan pengarah Sabah, Chester Pang. Filem yang bakal ditayangkan pada 24 April ini turut menampilkan pelakon seperti Syafie Naswip, Jovenia Jim, Wedylin Batala dan Larry Noh. Penggambaran dijalankan di Tambunan dengan hampir seluruh kru dan pelakon berasal dari Sabah.

Nam Ron yang membawakan watak anggota polis dalam filem tersebut menyifatkan pengalamannya di lokasi penggambaran sebagai sangat berharga, terutamanya apabila dapat mendalami elemen tradisi kuno masyarakat Dusun seperti ritual bomoh atau ‘Bobolian’ yang menjadi sebahagian daripada cerita.

Beliau percaya usaha-usaha sebegini wajar diberi lebih perhatian agar filem Borneo terus berkembang dan mendapat tempat sewajarnya dalam industri seni tanah air.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok