• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Lelaki di Indonesia Hadiahkan Geran Rumah Sebagai ‘Duit Raya’
04 April 2025 | 02:26 PM

Lelaki di Indonesia Hadiahkan Geran Rumah Sebagai ‘Duit Raya’

Seorang lelaki di Indonesia mencuri perhatian ramai apabila memilih untuk memberikan geran rumah sebagai ‘duit raya’ kepada anak-anak dan cucunya, menurut laporan portal berita iNews.

Kejadian unik ini menjadi tular selepas sebuah rakaman video dimuat naik ke TikTok oleh pengguna akaun @nayaaaaaaa_1208. Dalam video tersebut, lelaki berkenaan dilihat menghulurkan sekeping kertas berwarna hijau kepada setiap anaknya. Namun, kertas itu bukanlah wang tunai atau sampul raya seperti kebiasaan, sebaliknya merupakan geran rumah.

Klip video tersebut telah mencatatkan lebih 19.1 juta tontonan dan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Ramai memuji tindakan lelaki itu sebagai bijak dalam merancang harta pusaka bagi mengelakkan perebutan selepas kematian.

“Bapa yang bijak kerana mengelak anak-anaknya untuk merebut harta selepas meninggal dunia,” komen seorang netizen.

Malah, ada juga yang berseloroh dengan berkata, “Saya sebenarnya anak anda yang hilang 10 tahun lalu.”

Tindakan lelaki tersebut dianggap luar biasa namun memberi inspirasi dalam perancangan pembahagian harta secara adil dan terbuka.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok