• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Siasatan Kebakaran Saluran Paip Gas di Putra Heights Dijalankan Secara Besar-Besaran
02 April 2025 | 12:06 PM

Siasatan Kebakaran Saluran Paip Gas di Putra Heights Dijalankan Secara Besar-Besaran

SUBANG JAYA – Sebanyak 20 agensi kini giat menjalankan siasatan serta pemeriksaan keselamatan di lokasi kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, yang bermula pagi ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, jalan utama ke kawasan kejadian, Persiaran Harmoni, ditutup secara berperingkat bagi melancarkan pergerakan pasukan penyiasat dan keselamatan.

“Satu taklimat bersama semua agensi terlibat akan diadakan bagi menyelaras siasatan serta tindakan lanjut di lokasi kejadian,” katanya.

Antara agensi yang terlibat termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Tenaga Nasional Berhad (TNB), pihak berkuasa tempatan, serta pejabat daerah.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad, memaklumkan bahawa pihaknya sedang menilai tahap kerugian terhadap rumah dan kenderaan yang terjejas akibat insiden tersebut.

JBPM juga bekerjasama dengan TNB untuk memeriksa sistem pendawaian elektrik bagi memastikan keselamatan penduduk sebelum penyambungan semula bekalan dilakukan.

“Sekiranya terdapat rumah yang tidak selamat atau berisiko tinggi, kerja-kerja meruntuhkan bahagian tertentu seperti bumbung yang berbahaya akan dilakukan,” katanya.

Untuk mempercepatkan siasatan dan membantu penduduk kembali ke rumah mereka, pasukan bomba dari Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat JBPM telah dikerahkan ke lokasi.

Tinjauan mendapati puluhan penduduk berkumpul seawal 7.30 pagi bagi mendapatkan perkembangan terkini dan menunggu giliran untuk masuk ke rumah masing-masing bagi mengambil barang keperluan serta dokumen penting.

Turut kelihatan di lokasi ialah Unit Anjing Pengesan (K9) dan Unit Siasatan Forensik Bukit Aman yang sedang menyiasat punca sebenar kebakaran.

Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, memaklumkan bahawa penduduk hanya dibenarkan pulang selepas semua pemeriksaan keselamatan selesai.

Setakat ini, seramai 364 mangsa daripada 74 keluarga masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Masjid Putra Heights dan Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Subang Jaya (Dewan Camelia).

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok