• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

EPL: Erling Haaland terpaksa berehat panjang
02 April 2025 | 11:44 AM

EPL: Erling Haaland terpaksa berehat panjang

Manchester City menerima berita buruk apabila penyerang sensasi mereka, Erling Haaland, disahkan mengalami kecederaan serius dan terpaksa diketepikan daripada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Leicester City awal pagi esok.

Haaland mengalami kecederaan semasa membantu City menang 2-1 ke atas Bournemouth dalam aksi suku akhir Piala FA, Ahad lalu. Menurut pengendali pasukan, Pep Guardiola, bintang Norway itu dijangka berehat sekurang-kurangnya lima minggu, malah berkemungkinan sehingga tujuh minggu.

"Pegawai perubatan telah memaklumkan kepada saya bahawa Haaland perlu berehat antara lima ke tujuh minggu. Jika dia pulih lebih awal, itu lebih baik kerana dia boleh kembali untuk penghujung musim ini," kata Guardiola.

Beliau turut menegaskan kepentingan memastikan Haaland kembali cergas sepenuhnya bagi membantu City dalam saingan Piala Kelab Dunia 2025 yang bakal berlangsung pada bulan Jun depan.

Ketiadaan Haaland pasti menjadi tamparan hebat buat City yang sedang bersaing sengit dalam perebutan kejuaraan liga dan kejohanan lain musim ini.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok