Filem Raya Emas-Salako Sacred Treasure bukan sekadar mengangkat budaya masyarakat Sarawak, malah menonjolkan keindahan landskap negeri itu kepada dunia.
Penerbit Eksekutif, Winson Voon, menyatakan penghargaan terhadap sokongan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak dalam menjayakan projek ini.
Filem ini diharap dapat menarik pelancong antarabangsa dengan memperkenalkan warisan unik Sarawak.
Dengan 80 peratus penggambaran di Lundu dan 90 peratus pelakon berasal dari Sarawak, ia menggambarkan keindahan hutan hujan Borneo serta tradisi masyarakat Salako.
Dijangka ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 3 April, filem ini dibintangi oleh Winson Voon, Ahirine Ahirudin, Dunstun Luther Junior, Melissa Francis dan ramai lagi. Tayangan perdana baru-baru ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi Finas, Noor Azam Shair.
Sumber: Harian Metro
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini