• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Pelajar sekolah dapat dua lencana Jalur Gemilang
27 March 2025 | 10:51 AM

Pelajar sekolah dapat dua lencana Jalur Gemilang

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan bahawa semua pelajar di institusi pendidikan bawah kementerian akan menerima dua unit lencana Jalur Gemilang secara percuma bagi sesi persekolahan 2025/2026.

Menurut kenyataan media KPM, pemakaian lencana ini pada pakaian seragam pelajar akan bermula secara berperingkat mulai 21 April 2025. Inisiatif ini melibatkan sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, Kolej Matrikulasi, dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Langkah ini bertujuan menyemai semangat patriotisme serta rasa cinta terhadap negara dalam kalangan pelajar dan warga pendidik. KPM turut menyertakan Garis Panduan Pemakaian Lencana Jalur Gemilang bersama Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/2025 bagi memastikan tatacara pemakaian yang seragam.

KPM menegaskan bahawa inisiatif ini selari dengan peranan institusi pendidikan dalam membentuk generasi muda yang berjiwa patriotik serta menghargai nilai kenegaraan.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok