• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Pesawat AirAsia mendarat cemas, enjin terbakar
27 March 2025 | 10:17 AM

Pesawat AirAsia mendarat cemas, enjin terbakar

SHAH ALAM, 27 Mac (Bernama) -- Penerbangan Air Asia AK128 dalam perjalanan ke Shenzhen, China terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) sejurus berlepas, kerana dilaporkan berlaku kebakaran enjin di sebelah kanan pesawat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung pendaratan kecemasan pesawat pada 10.37 malam, sebelum menggerakkan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) bersama sembilan anggota ke lokasi.

Beliau berkata pesawat yang berlepas pada 9.59 malam dan membawa 171 penumpang serta anak kapal itu, mendarat dengan selamat pada 12.08 tengah malam di KLIA 2 dengan api telah dipadamkan.

“Pegawai Operasi melaporkan pesawat jenis Airbus A320-216 itu mengalami kerosakan pada Pneumatic Ducting Burst dan api telah dipadamkan oleh sistem Halon dalam pesawat sebelum pesawat mendarat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata bomba kemudiannya bertindak membantu mengeluarkan mangsa daripada pesawat dan memastikan tiada lagi punca api sehingga selesai.

Beliau berkata operasi oleh Balai Bomba dan Penyelamat KLIA itu, turut melibatkan tiga anggota daripada pasukan Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS).

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok