• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Zii Jia rehat panjang, dapat perlindungan ranking
25 March 2025 | 12:23 PM

Zii Jia rehat panjang, dapat perlindungan ranking

Lee Zii Jia pastinya mengecewakan peminat badminton Malaysia. Dengan keputusan untuk berehat sekurang-kurangnya tiga bulan bagi merawat kecederaan buku lali, jaguh perseorangan negara itu juga tidak akan beraksi dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Ningbo, China.

Keputusan ini diambil selepas mempertimbangkan nasihat pakar perubatan, dan Team LZJ telah mendapatkan kelulusan daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk perlindungan ranking.

Berdasarkan peraturan BWF, pemain yang diberikan perlindungan ranking tidak dibenarkan menyertai mana-mana kejohanan dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan dan maksimum setahun.

Walaupun ini merupakan satu tamparan buat peminat sukan tanah air, langkah ini penting bagi memastikan Zii Jia kembali dalam keadaan terbaik. Pasukan beliau juga menegaskan akan memberikan sokongan penuh dalam program latihan dan pemulihan bagi memastikan kepulangannya ke pentas kompetitif.

Semoga Lee Zii Jia cepat pulih dan kembali lebih kuat dalam gelanggang!

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok