• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Jambatan ikonik Bintulu-Jepak bakal dibuka 23 Mac ini
19 March 2025 | 11:06 AM

Jambatan ikonik Bintulu-Jepak bakal dibuka 23 Mac ini

Jambatan Bintulu-Jepak akan dibuka secara rasmi kepada orang awam pada 23 Mac 2025, kira-kira seminggu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri. Pembukaan ini dinanti-nantikan oleh penduduk tempatan kerana ia dijangka membawa perubahan besar dari segi kemudahan pengangkutan dan pertumbuhan ekonomi di kawasan tersebut.

Jambatan akan dibuka pada 23 Mac 2025, jam 10 pagi, akan disempurnakan oleh Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Premier Sarawak dan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan. Menurut Wisil Lichok, Timbalan Pengarah (Infrastruktur) Jabatan Kerja Raya (JKR), terdapat beberapa perkara teknikal kecil yang masih dalam proses penyelesaian sebelum pembukaan rasmi.

Jambatan ini akan memendekkan jarak perjalanan dari Lapangan Terbang Bintulu ke pusat bandar daripada 22km kepada hanya 6.4km. Jambatan ini dijangka akan mengeratkan hubungan antara komuniti di Bintulu dan Jepak. Pembukaan jambatan ini diharapkan dapat merancakkan pertumbuhan ekonomi di kawasan tersebut, terutamanya dalam sektor pelancongan dan perdagangan.

Jenis jambatan kabel (cable-stayed bridge) dengan empat lorong dan dua menara. Merentasi 268 meter Sungai Kemena. Mempunyai ketinggian maksimum 90 meter dengan jarak pelepasan 26 meter. Menggunakan 88,342 meter padu konkrit dan 20,160 tan keluli. Dengan kos pembinaan bernilai RM460 juta.

Jambatan ini digelar sebagai "Golden Gate Bridge" versi Bintulu kerana reka bentuknya yang ikonik. Ia merupakan jambatan kabel pertama di sepanjang projek jalan pesisir dan juga jambatan kabel empat lorong dengan dua menara pertama di Malaysia Timur.

Penduduk tempatan dikatakan sangat teruja dengan pembukaan jambatan ini. Perbualan di kedai kopi dan perjumpaan sering tertumpu kepada jambatan ini, yang dianggap sebagai kemudahan penting yang akan memudahkan kehidupan harian mereka.

Dengan pembukaan rasmi yang semakin hampir, Jambatan Bintulu-Jepak dijangka menjadi mercu tanda baharu yang akan membawa manfaat besar kepada penduduk dan ekonomi tempatan.

Sumber: I Love Borneo

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok