• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Duit raya syiling pemberian Tun M 29 tahun lalu jadi kenangan
17 March 2025 | 11:31 AM

Duit raya syiling pemberian Tun M 29 tahun lalu jadi kenangan

Sebuah kenangan manis dari hampir tiga dekad lalu menjadi tumpuan di media sosial apabila seorang pemuda, Syamil Shuib, berkongsi pengalamannya menerima duit raya daripada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad. Perkongsian ini telah menarik perhatian ramai pengguna TikTok.

Dalam hantaran video berdurasi 29 saat, Syamil mempamerkan gulungan duit syiling 10 sen berjumlah RM3 yang masih tersimpan dalam keadaan baik. Yang menarik, bungkusan duit raya tersebut turut mengandungi tandatangan Dr Mahathir serta catatan jumlah wang yang diberikan. Syamil juga berkongsi gambar kenangannya bersama Dr Mahathir, yang ketika itu masih memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.

Dalam hantarannya, Syamil menyatakan rasa terima kasih kepada Dr Mahathir dan mengakui bahawa generasi muda pada masa kini mungkin tidak berpeluang untuk mengalami pengalaman seumpamanya. "Duit raya Tun (Dr Mahathir) bagi dekat saya. Terima kasih @chedetofficial. Generasi sekarang mungkin sudah tidak jumpa duit raya macam ini," tulisnya.

Video tersebut telah mendapat sambutan hangat dengan hampir 60,000 tanda suka, lebih 1,000 komen, dan hampir 2,300 perkongsian. Ramai netizen terkesan dengan kenangan tersebut dan turut berkongsi nostalgia mereka tentang tradisi menerima duit raya pada zaman dahulu.

Perkongsian ini bukan sahaja menggamit memori lama tetapi juga mencerminkan betapa berharganya kenangan dan tradisi yang mungkin semakin dilupakan oleh generasi muda.

Sumber: Sinar Harian

Sertai
Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok