• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Kuching City panjat tangga ketiga, JDT terus unggul tanpa kekalahan
17 March 2025 | 11:03 AM

Kuching City panjat tangga ketiga, JDT terus unggul tanpa kekalahan

Kuching City FC mencatat kemenangan berharga selepas menundukkan Selangor FC 2-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Negeri, Kuching malam tadi.

Kemenangan itu membolehkan Kuching City memanjat ke tangga ketiga liga dengan berkongsi 36 mata bersama Sabah FC di posisi keempat.

Pada aksi malam tadi, pasukan tuan rumah memulakan perlawanan dengan penuh bertenaga dan berjaya membuka tirai jaringan menerusi Muhammad Ramadhan Saifullah Usman pada minit ke-26 justeru meraih kelebihan awal.

Selangor yang telah mengesahkan status sebagai naib juara, bangkit menyamakan kedudukan menerusi gerakan serangan balas yang disudahkan Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi pada minit ke-50.

Kuching City akhirnya menarik nafas lega apabila Jimmy Raymond muncul wira pasukan selepas meledak gol kemenangan pada minit ke-84 sekali gus membawa pasukan itu ke tempat ketiga liga, mengatasi Sabah dan Terengganu FC di tempat kelima, dengan mengutip 32 mata.

Pasukan pelawat cuba bangkit di penghujung perlawanan namun kekentalan barisan pertahanan Kuching City memastikan kelebihan satu gol kekal sehingga wisel penamat ditiup.

Sementara itu di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, juara liga Johor Darul Ta’zim (JDT) melebarkan rekod tanpa kalah dengan menewaskan Penang FC 3-0.

Gol pembukaan JDT dihasilkan pemain kelahiran Sepanyol Eddy Israfilov yang menanduk masuk bola hasil sepakan penjuru oleh Nazmi Faiz pada minit ke-20 permainan.

Selang tujuh minit kemudian pasukan pelawat menggandakan jaringan sekali lagi menerusi tandukan Eddy Israfilov, juga dihasilkan menerusi sepakan penjuru yang diambil Heberty Fernandes.

Harimau Selatan yang menang 20 perlawanan dan seri sekali setakat ini, hampir menambah jaringan selepas dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-33 yang diberikan selepas bola disepak Oscar Arribas terkena tangan pemain Penang Richmond Tetteh.

Percubaan Bergson da Silva gagal apabila rembatannya berjaya diselamatkan penjaga gawang Harimau Kumbang Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman.

Bersambung babak kedua, anak buah Hector Bidoglio terus membuktikan kehebatan apabila meledak gol ketiga pada minit ke-53 menerusi Fernandes sekali gus menoktahkan kemenangan ke-20 JDT dalam saingan liga dengan berbaki tiga perlawanan.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok