BINTULU, 11 Mac – Tiga maut manakala dua cedera parah dalam satu kemalangan membabitkan sebuah lori tiga tan dan kereta Perodua Alza di Jalan Persisir Pantai Bintulu - Samalaju, awal pagi ini.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima panggilan kecemasan pada jam 6:51 pagi sebelum menghantar pasukan dari Balai Bomba Kidurong dengan bantuan Balai Bomba Samalaju ke lokasi kejadian, kira-kira 29 kilometer dari balai.
Menurut Komander Operasi, Fabian Andy Jesi, kemalangan itu menyebabkan lima individu dalam Perodua Alza tersepit dan tiga daripadanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi mengalami kecederaan parah dan berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba menggunakan peralatan penyelamat.
Sementara itu, pemandu lori berusia 41 tahun mengalami patah kaki tetapi berjaya keluar sendiri dari kenderaan, manakala dua kelindannya mengalami cedera parah.
Mangsa yang meninggal dunia berumur lingkungan 22 hingga 44 tahun dikenali sebagai Nur Azalea Zakiah Jiben, Ariana Juana Helda dan Simon Hiu.
Fabian menambah, kesemua mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut, manakala mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
#BilikBeritaCATS #CATSFM