KUCHING, 11 Mac – Komuniti Orang Ulu diberi penghormatan sebagai tuan rumah bagi penganjuran Sambutan Gawai Dayak peringkat negeri Sarawak tahun 2025.
Perkara itu diputuskan dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, di Kuching semalam.
Beliau mengumumkan bahawa Timbalan Menteri di Pejabat Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penganjur bagi sambutan tersebut.
Menurutnya, Datuk Gerawat akan bertanggungjawab membentuk jawatankuasa serta menetapkan tarikh dan pengisian acara yang sesuai bagi sambutan tersebut.
Sementara itu, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Sri Roland Sagah Wee Inn, yakin bahawa sambutan pada tahun 2025 akan lebih meriah dengan penglibatan aktif komuniti Orang Ulu sebagai tuan rumah.
Sambutan Gawai Dayak merupakan acara tahunan yang diraikan oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada setiap 1 Jun bagi menandakan berakhirnya musim menuai dan sebagai lambang kesyukuran kepada hasil tuaian yang diperoleh.
#BilikBeritaCATS #CATSFM