• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Sarah Yasmine tuntut RM875,000 daripada Aliff Aziz
10 March 2025 | 06:19 PM

Sarah Yasmine tuntut RM875,000 daripada Aliff Aziz

Drama antara Sarah Yasmine dan aktor Aliff Aziz kembali hangat diperkatakan. Sarah, yang pernah mengaku sebagai kekasih gelap Aliff, kini menuntut ganti rugi sebanyak S$250,000 (RM875,000) sebagai pampasan. Tuntutan ini dibuat kerana Aliff didakwa telah memfailkan tuntutan tidak berasas terhadapnya di bawah Akta Perlindungan daripada Gangguan (POHA) pada tahun lalu.

Sarah, 25 tahun, menegaskan bahawa tindakan Aliff itu tidak berasas, terutamanya setelah Aliff sendiri mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat dengan pelakon Ruhainies pada 21 Februari lalu. Melalui perkongsian di Instagram, Sarah memuat naik notis tuntutan (Letter of Demand) terhadap Aliff dan menyatakan bahawa pengakuan bersalah Aliff membuktikan segala kenyataan yang pernah dibuatnya sebelum ini adalah benar.

Dalam kenyataannya, Sarah merujuk kepada pengakuan bersalah Aliff berkaitan kes khalwat dengan seorang pelakon Malaysia, seperti yang dilaporkan secara meluas di media Singapura dan Malaysia. Sarah menegaskan bahawa pengakuan tersebut mengesahkan kenyataannya sebelum ini mengenai hubungan Aliff dengan pelakon tersebut adalah benar dan tidak memfitnah. Namun, Aliff telah memulakan tuntutan di bawah POHA terhadapnya, yang membawa kepada Perintah Perlindungan Segera (EPO) yang dikeluarkan pada 29 April 2024. Sarah menganggap tindakan undang-undang ini sebagai remeh dan tidak berasas.

Sarah memberikan tempoh tujuh hari kepada Aliff untuk melunaskan jumlah tuntutan tersebut atau bersedia menghadapi tindakan lanjut. Selain itu, Sarah juga merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa individu lain yang didakwanya telah memburukkan nama baiknya sebelum ini.

Pada tahun lalu, Sarah mendakwa menerima notis mahkamah di Singapura yang melarangnya daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan Aliff. Namun, isu tersebut dikatakan selesai melalui proses mediasi di mahkamah.

Nama Sarah mula menjadi bualan ramai selepas dia muncul secara terbuka dan mengaku sebagai kekasih Aliff, dengan alasan tidak sanggup melihat aktor itu dikecam teruk selepas ditangkap berkhalwat dengan Ruhainies pada 9 Mac tahun lalu. Kini, Sarah bertekad untuk tidak berdiam diri lagi dan akan mengambil tindakan terhadap mereka yang telah menganiayanya.

Sumber: Sinar Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok