• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Pejuang Muaythai Di Samarahan Tampil Gah, Bashir Masrazy Curi Tumpuan
20 February 2025 | 04:46 PM

Pejuang Muaythai Di Samarahan Tampil Gah, Bashir Masrazy Curi Tumpuan

Kejayaan Samarahan Muaythai Challenge yang berlangsung di Medan Selera Nasi Abe. Kejohanan ini menampilkan beberapa pejuang Muaythai dari dalam dan luar negara yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam pelbagai kategori.

Bashir Masrazy dari Kelab Red Wolves Iran berjaya menewaskan Asuad Red Fire dari Kelab Redfire Muaythai Kedah dalam kategori Pro 68kg. Monji dari Kambiz Warrior Sudan menunjukkan aksi hebat dengan menewaskan Arashy Kiat Takoon dari Bara Emas Muaythai dalam kategori Pro 63kg. Waye Ali dari Thailand berjaya mengalahkan Dr Shiba dari Kelab Redwolves Selangor dalam pertarungan Pro 60kg.

Adhem Kiat Takoon dari Bara Emas Muaythai, Selangor, berjaya mengatasi Muhd Nur Aiman dari Kelab Petra Jaya Kilas Muaythai dalam kategori Pro 58kg. Piji Sempidan dari Kelab Kenyalang Muaythai berjaya mengalahkan Aman Koboi dari Glorious Fight Club, manakala Super Rizz dari kelab yang sama menewaskan Aqie Koboilek.

Kejohanan ini juga menyaksikan lapan perlawanan Semi Pro dan kategori amatur yang melibatkan seramai 118 peserta. Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh wakil Jabatan Belia dan Sukan Sarawak (JBS) dan pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak, Khairul Nizam Morshidi.

Jumaat, salah seorang penganjur, menyatakan kepuasan hati dengan sambutan hebat yang diterima, terutama dari peserta luar negara, yang membuktikan bahawa kejohanan ini semakin dikenali dalam kalangan peminat dan atlet Muaythai.

Kejohanan ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sampingan seperti persembahan seni mempertahankan diri oleh Persatuan Kuntau Iban Sarawak (SIKAR), Betawi Bull Martial Arts, serta pasukan seni bela diri dari Kalimantan Barat. Pada hari pertama kejohanan pada 14 Februari, program ‘Let’s Try Muaythai’ turut diadakan khas untuk pelajar baru, berserta kursus asas kejurulatihan.

Secara keseluruhan, Samarahan Muaythai Challenge berjaya menarik minat ramai peserta dan penonton, menunjukkan perkembangan positif dalam sukan Muaythai di rantau ini.

Sumber: I Love Borneo

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok