• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

15 Rakyat Malaysia dijangka dihantar pulang dari Thailand minggu ini
19 February 2025 | 05:20 PM

15 Rakyat Malaysia dijangka dihantar pulang dari Thailand minggu ini

BANGKOK, 19 Feb (Bernama) - Proses penyelarasan antara Kedutaan Malaysia di Bangkok dan pihak berkuasa Thailand bagi membawa pulang 15 rakyat Malaysia kini di peringkat akhir dan dijangka selesai minggu ini.

Kuasa Usaha Sementara Malaysia ke Thailand Bong Yik Jui berkata, Wisma Putra dan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan memberi keutamaan tinggi terhadap perkara itu.

Menurutnya, kedutaan di Bangkok bekerjasama erat dengan Kedutaan Malaysia di Yangon serta pihak berkuasa Thailand bagi memastikan proses penghantaran pulang berjalan lancar.

“Kedutaan sedang melengkapkan dokumentasi yang diperlukan, terutamanya bagi mereka yang tidak memiliki pasport atau telah tinggal melebihi tempoh visa.

“Sebaik sahaja semua persiapan selesai, proses penghantaran pulang akan dilaksanakan minggu ini,” katanya kepada Bernama pada Rabu.

Bong memberi jaminan bahawa kesemua 15 mangsa, termasuk tiga wanita berusia antara 19 hingga 44 tahun berada dalam keadaan sihat.

Beliau turut memaklumkan bahawa kedutaan telah berhubung dengan keluarga mangsa, manakala pihak berkuasa Thailand memastikan kebajikan mereka terjaga.

Bagaimanapun, Kedutaan Malaysia memohon kepada pihak berkuasa Thailand supaya kesemua mangsa dibenarkan tinggal sementara di Kem Tentera Fort Vachiraprakan sebelum dihantar pulang, katanya.

Minggu lalu, Bernama melaporkan bahawa mangsa diselamatkan oleh pihak berkuasa Myanmar di kawasan sempadan KK Park dan Shwe Kokko, sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa Thailand untuk proses penghantaran pulang.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok