• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

SKAS: Layak tapi tidak tersenarai boleh mohon ‘online’ atau di pejabat daerah
19 February 2025 | 12:36 PM

SKAS: Layak tapi tidak tersenarai boleh mohon ‘online’ atau di pejabat daerah

Kerajaan Sarawak telah menerima 35,416 permohonan baharu untuk Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), dan keputusan permohonan ini akan diketahui mulai Julai.

Menurut kenyataan daripada Jabatan Premier Sarawak, bagi mereka yang layak tetapi tidak tersenarai sebagai penerima SKAS, permohonan secara atas talian telah dibuka melalui laman web http://sarawak.gov.my/skas atau di Pejabat Daerah berdekatan mulai 1 Februari hingga 31 Mac 2025.

Sehingga kini, seramai 886,288 penerima telah layak menerima SKAS. Bantuan ini diberikan secara 'one off' dengan nilai berikut:

- RM800 bagi setiap isi rumah,

- RM250 bagi individu bujang,

- RM400 bagi warga emas yang tiada pasangan.

Selain itu, lebih daripada 1,200 peniaga di seluruh Sarawak telah didaftarkan sebagai merchant SKAS, membolehkan penerima SKAS berbelanja di merchant-merchant tersebut.

Bantuan SKAS akan mula disalurkan ke akaun S Pay Global penerima secara berperingkat mulai 18 Februari 2025. Sumbangan ini bertujuan untuk meringankan beban golongan berpendapatan rendah yang terjejas akibat kenaikan kos sara hidup. Bantuan disalurkan melalui e-dompet S Pay Global untuk pembelian barangan makanan asas.

Kerajaan Sarawak juga telah melaksanakan sesi libat urus dari 18 Januari hingga 9 Mac 2025 di 98 lokasi di seluruh Sarawak untuk membantu penerima SKAS mendaftar dengan S Pay Global. Sehingga 18 Februari 2025, seramai 564,099 (63.6%) penerima SKAS telah mendaftar dengan S Pay Global. Penerima yang belum mendaftar diseru untuk segera berbuat demikian bagi memastikan mereka dapat menerima sumbangan ini.

Inisiatif ini menunjukkan komitmen Kerajaan Sarawak dalam membantu golongan yang memerlukan, terutamanya dalam menghadapi cabaran kenaikan kos sara hidup.

Sumber: Utusan Sarawak

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok