• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Bakat Muda Sarawak Perlu Manfaatkan Studio Tempatan untuk Berkembang dalam Industri Muzik
19 February 2025 | 12:20 PM

Bakat Muda Sarawak Perlu Manfaatkan Studio Tempatan untuk Berkembang dalam Industri Muzik

KUCHING, 18 Feb - Generasi muda yang berminat untuk menceburi industri muzik disarankan agar memanfaatkan studio tempatan sebagai platform untuk mengetengahkan bakat mereka.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol, berkata Sarawak memiliki ramai bakat tempatan yang berpotensi, namun kekurangan platform menyebabkan mereka sukar berkembang dalam industri muzik.

Jelasnya, peranan syarikat studio tempatan sangat penting dalam memberi peluang kepada bakat-bakat muda untuk merasai pengalaman dalam industri muzik, sama ada dalam bentuk nyanyian, bermain alat muzik, atau penggambaran video muzik.

Tambah beliau, kerajaan Sarawak melalui Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) turut berusaha untuk mengangkat industri seni di negeri ini dengan pelbagai inisiatif dan sokongan kepada penggiat seni tempatan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pelancaran lagu terbaru Firdaus Materang, "Cadangan Cinta", yang berlangsung di Studio Harmoni Biru, Kuching, pada Selasa.

Dengan inisiatif ini, beliau berharap lebih ramai bakat muda Sarawak dapat berkembang dalam industri muzik dan membawa nama negeri ke peringkat lebih tinggi.

Sumber: Bilik Berita CATS

#BilikBeritaCats
#Catsfm

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok