• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Kes tembak Setia Alam: Suspek mati ditembak di bilik hotel
18 February 2025 | 11:10 AM

Kes tembak Setia Alam: Suspek mati ditembak di bilik hotel

Suspek yang terlibat dalam kes tembakan di pusat beli-belah di Setia Alam telah maut dalam insiden berbalas tembakan dengan polis di Pulau Ketam pada awal pagi tadi. Kejadian ini berlaku kira-kira pukul 3 pagi di sebuah hotel di pulau tersebut.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, serbuan dilakukan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dalam usaha menjejaki suspek tersebut.

Sewaktu serbuan, berlaku insiden tembak-menembak antara polis dan suspek di bilik hotel tersebut. Suspek, seorang lelaki tempatan berusia 30an, berjaya ditembak mati. Polis menemui dua pucuk senjata api berisi peluru bersama suspek.

Semakan mendapati suspek dipercayai terlibat dalam insiden tembakan di pusat beli-belah di Setia Alam baru-baru ini. Suspek tersebut juga mempunyai sembilan rekod jenayah, termasuk satu kes dadah dan tujuh jenayah samun.

Mayat suspek akan dibawa ke jeti di Pelabuhan Klang selepas siasatan dan pemeriksaan selesai dijalankan di lokasi oleh unit forensik.

Sebelum ini, pada 8 Februari, Kosmo! melaporkan bahawa seorang pekerja tukang cuci terkena dua daripada empat das tembakan di bahagian kaki dan punggung yang dilepaskan oleh suspek lelaki dalam kejadian tembak di pusat beli-belah tersebut. Suspek kemudian melepaskan beberapa tembakan ke arah tingkap tangga dan pintu gelangsar sebelum melarikan diri. Suspek juga merampas sebuah Perodua Ativa yang dipandu oleh seorang pengunjung pusat beli-belah dengan mengacukan senjata api dan memaksa pemandu membawanya keluar dari Shah Alam.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok