• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

5 Sekolah di Sarawak tidak dapat memulakan sesi persekolahan hari ini
17 February 2025 | 11:09 AM

5 Sekolah di Sarawak tidak dapat memulakan sesi persekolahan hari ini

Kuching, 17 Februari: Sebanyak 5 sekolah di Sarawak tidak dapat memulakan sesi persekolahan hari pertama hari ini, berikutan keadaan sekolah yang masih belum dibersihkan akibat banjir yang melanda baru-baru ini.

Pengarah Pendidikan Sarawak, Omar Mahli berkata, sekolah-sekolah yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kg Klid/Plajau, SK St Luke Ng Baoh di Dalat, SK Kuala Kenyana di Mukah, SK Kuala Muput di Tatau, dan SK Ulu Kabo di Saratok.

Bagaimanapun, pihak sekolah diarahkan untuk melaksanakan Pembelajaran dan Pemudahcaraan di Rumah (PDPR) sementara kerja-kerja pembersihan dan pembaikan dilaksanakan di sekolah-sekolah yang terlibat.

Menurutnya, kerja-kerja tersebut dijangka akan dilaksanakan dalam tempoh seminggu dan diharapkan murid-murid dapat kembali bersekolah seperti biasa pada minggu hadapan.

Tambah beliau, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) juga telah mengenal pasti kerosakan yang berlaku dan telah menyalurkan peruntukan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk membantu membaiki kerosakan yang melibatkan meja dan kerusi.

Kerja-kerja pemeriksaan juga akan dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Untuk rekod, sebanyak 1,460 buah sekolah di Sarawak telah memulakan sesi persekolahan hari pertama sesi baharu ini, melibatkan 1,266 sekolah rendah dan 194 sekolah menengah.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas lawatan beliau bersempena hari pertama persekolahan sesi baharu 2025 di Sekolah Kebangsaan Jalan Haji Baki, Kuching, hari ini.

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

#BilikBeritaCats #Catsfm

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok