• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Lebih 8 ribu calon SPM 2024, dilaporkan tidak hadir semua kertas peperiksaan bertulis
14 February 2025 | 01:41 PM

Lebih 8 ribu calon SPM 2024, dilaporkan tidak hadir semua kertas peperiksaan bertulis

Kuala Lumpur: Seramai 8,076 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 dilaporkan tidak hadir semua kertas peperiksaan bertulis setakat 6 Februari lepas.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman rasmi Parlimen memaklumkan, berdasarkan jumlah tersebut, seramai 6,231 calon merupakan calon sekolah KPM.

Berdasarkan analisis daripada Aplikasi Pengurusan Ketidakhadiran ke Sekolah Semasa Peperiksaan, antara sebab utama ketidakhadiran calon ketika peperiksaan SPM Tahun 2024 ialah bekerja, masalah keluarga, masalah kesihatan, meninggal dunia dan berpindah ke luar negara.

Menurut KPM, beberapa langkah telah diambil bagi menangani isu ketidakhadiran calon SPM berkenaan.

Antaranya, dengan memantau kehadiran murid ke sekolah secara harian melalui Sistem Kehadiran Murid (eKehadiran) dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), engaktifkan Task Force Intervensi Murid Berisiko Cicir SPM pada semua peringkat dan melaksanakan pengesanan awal murid berisiko cicir dalam kalangan murid tingkatan 4 bagi memastikan mereka hadir menduduki peperiksaan SPM 2025.

Sumber & Foto: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok