• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Hujan lebat banjiri khemah di selatan Gaza, menambah derita rakyat Palestin
07 February 2025 | 11:56 AM

Hujan lebat banjiri khemah di selatan Gaza, menambah derita rakyat Palestin

GAZA, 6 Feb (Bernama-WAFA) - Ratusan khemah di kem pemindahan di pelbagai kawasan di Rafah dan Mawasi Khan Yunis di Semenanjung Gaza mengalami banjir akibat hujan lebat, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Penduduk yang terpaksa berpindah berkata khemah mereka diterbangkan angin kencang, menyebabkan mereka menghadapi kesejukan tanpa perlindungan.

Hujan lebat yang melanda seluruh wilayah Gaza menambah penderitaan puluhan ribu penduduk tempatan yang rumah mereka terjejas teruk akibat pengeboman intensif.

Golongan yang terpaksa berpindah kini berdepan dengan keadaan yang sangat mencabar akibat kesejukan dan angin kencang, apabila ribuan daripada mereka tinggal di khemah yang diperbuat daripada nilon dan kain nipis yang hanya memberikan perlindungan minimum daripada hujan dan ribut.

Mereka yang kembali ke utara Gaza juga bergelut untuk mendirikan dan mengukuhkan khemah mereka, selain menghadapi kekurangan bekalan makanan dan bahan pemanas yang teruk.

Kekurangan bahan api memburukkan lagi krisis, kerana banyak keluarga tidak memperoleh sebarang cara untuk memanaskan diri disebabkan suhu rendah pada waktu malam.

Sumber: BERNAMA-WAFA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok