• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Banjir di Sabah, Sarawak kembali meningkat pagi ini
07 February 2025 | 11:35 AM

Banjir di Sabah, Sarawak kembali meningkat pagi ini

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) - Jumlah mangsa banjir di Sarawak dan Sabah kembali meningkat dengan keseluruhan 5,313 mangsa berada di pusat pemindahan sementara  (PPS) di kedua-dua negeri, setakat 8 pagi tadi.

Di Sarawak, mangsa banjir meningkat kepada 4,705 orang di 24 PPS berbanding 4,341 orang malam tadi, dengan empat bahagian iaitu Bintulu, Sibu, Miri dan Mukah mencatatkan penambahan jumlah mangsa.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak memaklumkan mangsa banjir di lima PPS di Bintulu meningkat kepada 1,880 orang berbanding 1,612 orang, di Sibu (1,186), Miri (961) dan Mukah (614).

Manakala jumlah mangsa di dua bahagian lain yang turut terjejas dengan bencana itu tidak berubah, dengan Samarahan mencatatkan 51 mangsa dan Sarikei 13 mangsa dengan masing-masing di sebuah PPS.

Sementara itu di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 608 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 479 orang malam tadi apabila sebuah PPS di Dewan Selagon Beaufort dibuka semula petang semalam.

Menurut sekretariat itu 223 orang ditempatkan di PPS Beaufort, 253 orang di dua PPS daerah Kinabatangan dan 132 orang di dua PPS daerah Keningau.

“Sebanyak lima PPS di Sabah dibuka melibatkan tiga daerah iaitu Keningau, Beaufort, dan Kinabatangan,” menurut kenyataan itu.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok