• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Op Taring Alpha PGA Sarawak rampas pelbagai barangan bernilai lebih RM 9 Juta
06 February 2025 | 06:17 PM

Op Taring Alpha PGA Sarawak rampas pelbagai barangan bernilai lebih RM 9 Juta

Kuching, 6 Februari: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merampas rokok, minuman keras tanpa cukai, minyak diesel dan mercun bernilai lebih RM9 juta dalam Op Taring Alpha di empat lokasi berasingan pada Selasa lepas.

Komander Briged Sarawak, Dr. Che Ghazali Che Awang dalam kenyataan berkata, operasi tersebut membabitkan daerah Bau, Bintulu, Sibu dan Simunjan.

Di Bau, tiga lelaki tempatan berusia 21 hingga 28 tahun telah ditahan dan hasil pemeriksaan lanjut menemukan 10,500 karton rokok putih dan 3,060 karton rokok kretek disimpan di premis tersebut.

Turut dirampas adalah dua lori dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan RM5.73 juta.

Sementara itu, di Bintulu, PGA telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun dalam operasi yang dijalankan di sebuah premis penyimpanan rokok dan minuman keras tanpa cukai.

Hasil pemeriksaan menemukan 1,198 karton rokok putih, 2,348 karton rokok kretek serta 540.86 liter minuman keras pelbagai jenama, dengan nilai rampasan yabg dianggarkan sebanyak RM2.92 juta.

Seterusnya di Sibu, serbuan di sebuah premis yang disyaki menyeleweng minyak diesel bersubsidi membawa kepada penahanan tiga lelaki tempatan dan seorang lelaki Indonesia berusia 20 hingga 58 tahun.

Selain itu, PGA turut merampas 15,600 liter minyak diesel serta dua lori, dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM1.19 juta.

Di Simunjan pula, hasil serbuan ke sebuah premis yang disyaki dijadikan tempat penyimpanan mercun dan bunga api.

PGA menemukan sebanyak 1,202 unit mercun dan bunga api pelbagai jenis bernilai RM101,020 dan seorang lelaki warga tempatan berumur 33 tahun turut ditahan.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok