• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Rakan sekelas cemburu, depan Thalita pura-pura baik
24 January 2025 | 05:31 PM

Rakan sekelas cemburu, depan Thalita pura-pura baik

Dzahira Thalita Zahra, 12, anak kepada pelawak Shuib Sepahtu, tidak kisah dipulaukan rakan sekelas yang cemburu dengan popularitinya. Baginya, cabaran itu adalah sebahagian daripada perjalanan untuk mencapai cita-cita sebagai penyanyi.

Thalita berkata, perubahan sikap rakan berlaku selepas dia mendapat perhatian ketika membuat persembahan busking di Bukit Bintang. Walaupun ada yang bercakap buruk di belakangnya, Thalita memilih untuk tidak ambil peduli. “Saya hanya ingin jadi penyanyi,” katanya pada sidang media Konsert By Ajai & Mega Friends.

Thalita bakal membuat persembahan bersama artis seperti Dayang Nurfaizah dan Hafiz Suip pada konsert yang akan berlangsung 10 Mei depan di The Star Theater, Singapura.

Bagi mempersiapkan diri, Thalita kini mengikuti kelas vokal bersama Cikgu Shafi. Dia juga teruja kerana ini adalah kali pertama menjejakkan kaki ke Singapura.

Mengimbau persembahan di Bukit Bintang, Thalita mengakui dia sebak apabila melihat sokongan orang ramai. Dalam masa sama, dia terkenangkan arwah ibunya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, yang membuatkan dia tidak dapat meneruskan nyanyian. Thalita berharap terus mendapat sokongan untuk mengejar impiannya.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok