Kejayaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dan pelakon Bella Astillah yang telah berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu, Sabah, hari ini.
Apa yang menarik, mereka melakukan pendakian ini dengan mengenakan busana tradisional Melayu, sebuah simbol keunikan dan kebanggaan budaya.
Bella, yang juga merupakan anak kelahiran Sabah, meluahkan rasa teruja dan bersyukur atas kejayaan mereka. Misi pendakian bermula seawal 3 pagi dari Laban Rata dan sepanjang perjalanan, Bella mengakui betapa mencabarnya pendakian tersebut, tetapi keindahan pemandangan di puncak Gunung Kinabalu membuatkan segala penat lelah terasa berbaloi. “Masya-Allah, memang tidak ternilai, cantik betul Kinabalu,” katanya penuh kagum.
Pendakian mereka turut mencuri perhatian netizen, yang memberi pelbagai komen dan usikan mengenai hubungan mereka. Ramai yang meramalkan bahawa mendaki Gunung Kinabalu bersama boleh menjadi petanda hubungan yang panjang, malah ada yang berjenaka meminta mereka segera 'menawan' hati masing-masing selepas berjaya menawan puncak gunung.
"Gunung Kinabalu sudah tawan, bila YB nak tawan hati Bella pula?" usik seorang netizen.
Syed Saddiq, yang berusia 32 tahun, tampak segak memakai baju Melayu hijau yang sedondon dengan Bella yang mengenakan baju kurung. Selain itu, adik Bella, Didi Astillah, turut menemani mereka dalam pendakian tersebut sehingga ke puncak. Sebelumnya, mereka telah memulakan pendakian sejak semalam dan tiba di Laban Rata selepas hampir enam jam mendaki.
Bella juga berseloroh dengan memanggil Syed Saddiq sebagai ‘Ironman’ kerana semangat dan tenaganya yang luar biasa sepanjang pendakian tersebut.
Kejayaan mereka dalam menawan Gunung Kinabalu ini bukan hanya satu pencapaian fizikal, tetapi juga menjadi kenangan manis dalam perjalanan hidup mereka.
Sumber: Kosmo Online!
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini