Kerajaan MADANI akan memulakan penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM2,100 setahun kepada 700,000 penerima yang terdiri daripada golongan miskin dan miskin tegar. Ini merupakan peningkatan yang signifikan berbanding tahun lalu, apabila jumlah bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM1,200 setahun.
Peningkatan kadar bantuan ini adalah hasil daripada reformasi kewangan dan usaha keras Kerajaan dalam meningkatkan hasil negara. Penambahbaikan ini juga sebahagian daripada Belanjawan 2025, di mana jumlah keseluruhan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA telah ditingkatkan ke RM13 bilion, berbanding RM10 bilion pada tahun sebelumnya.
Kerajaan MADANI berjanji untuk terus bekerja keras bagi memastikan lebih banyak hasil negara dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan, selaras dengan prinsip ihsan dan kemanusiaan yang menjadi teras dalam dasar Kerajaan MADANI.
Sumber: Anwar Ibrahim
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini