BINTULU, 17 Jan: Seorang pemandu rentung apabila lori muatan batu yang dipandu terbakar selepas melanggar bahagian belakang sebuah lori muatan kayu balak di Batu 27, Jalan Bintulu-Miri malam tadi.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 10 malam.
Setiba anggota Bomba di lokasi kejadian, lori muatan batu itu hampir terbakar 100 peratus.
Pemandu lori yang tersepit di tempat duduk pemandu dijumpai rentung.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut. Setakat ini, identiti mangsa masih belum diketahui.
#BilikBeritaCATS #CATSFM

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini