• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Lelaki ditemui mati dipercayai terkena renjatan elektrik dekat rumah hangus
16 January 2025 | 06:05 PM

Lelaki ditemui mati dipercayai terkena renjatan elektrik dekat rumah hangus

SIBU: Seorang lelaki, Ngu Hieng Sie, 58, ditemui mati dalam parit berhampiran rumahnya yang musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Jalan Kuok Tiong, Sungai Bidut, malam Rabu.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.50 malam dan tiba di lokasi pada jam 8.07 malam. Rumah berkeluasan 30 kaki kali 30 kaki itu telah terbakar 100 peratus.

Mangsa dipercayai terkena renjatan elektrik di kawasan berair berhampiran rumah tersebut. Pemeriksaan awal mendapati aliran elektrik masih aktif di kawasan itu, dan pihak kontraktor Sarawak Energy segera dipanggil untuk memutuskan bekalan elektrik sebagai langkah keselamatan.

Dalam kejadian itu, seorang penghuni rumah berjaya menyelamatkan diri, manakala seorang lagi penghuni tiada di rumah kerana keluar ke bandar.

Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 9.28 malam menggunakan teknik pemadaman defensif dengan sumber air dari parit berhampiran.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis, dan kes kini disiasat untuk mengenal pasti punca sebenar kebakaran.

Sumber: Utusan Borneo

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok