Sepasang suami isteri mencipta kelainan dengan menggantikan kek tradisional perkahwinan dengan burger gergasi seberat 1.5 kilogram di majlis persandingan mereka.
Menurut bapa pengantin lelaki, Dzulikhwan Ahmad Mokhtar, 50, idea unik ini adalah permintaan anaknya, yang mahu burger dua tingkat sebagai simbolik memotong kek pada hari istimewa mereka.
"Walaupun nampak pelik, ia menjadi tarikan dan kegembiraan untuk pengantin dan tetamu. Tradisi tidak semestinya diikuti. Yang penting makna dan kebahagiaan," katanya.
Video kek burger itu tular di TikTok, dengan ramai warga maya memuji konsepnya yang menarik dan tidak membazir.
"Barulah semua habis dimakan. Idea yang sangat praktikal," komen salah seorang pengguna.
Bagi penggemar makanan yang kurang manis, seperti Zulaihoo, "Ini jauh lebih baik daripada kek kahwin biasa."
Sumber: Sinar Harian
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini